SMK Seri Jengka
Logo Sekolah
Thursday 24 October 2013 | 19:01 | 0 comments

Lagu sekolah
| 18:57 | 0 comments

Bergerak ke arah satu tujuan
Dengan semangat waja
Bekerjasama sentiasa
Membangun Negara kita

Gembelingkan tenaga bersama
Hadapilah cabaran
Laksanakan tugas kita
Bersatu berjaya

Harapan kita menjadi nyata
Berdisiplin dan berilmu
Bersatu padu taat dan takwa
Ilmu asas sejahtera

Terus maju Seri Jengka
Berganding bahu semua
Bina hidup berkualiti
Amalkan nilai murni




Sejarah Sekolah
| 18:32 | 0 comments

SMK Seri Jengka telah dibuka pada 2 Disember 1991 di atas sebidang tanah seluas 35 ekar.· SMK Seri Jengka ialah sebuah Sekolah Rancangan Khas iaitu sekoiah berasrama penuh dibawah kawalan JPN Pahang.· Semua pelajarnya tinggal di asrama. Pengetua pertama ialah En Wan Bustama Bin Wan Abdul Hayat dibantu oleh 13 orang guru dengan bilangan pelajar seramai 163 orang. Dengan perkembangan pembangunan fizikal yang pesat dan pertambahan bilangan pelajar serta disokongan dengan pencapaian prestasi yang cemerlang SMK Seri Jengka telah dinaikkan taraf· sebagai· sekolah gred A pada 16.02.1998.


Pada tahun 2000 SMK Seri Jengka diberi kepercayaan membuka kelas Tingkatan 6 bagi menampung bilangan pelajar Tingkatan 6 di daerah Maran. Perkembangan ini menyebabkan pertambahan bilangan tenaga guru kepada 44 orang dan bilangan pelajar seramai 598 orang. Semenjak pembukaannya, SMK Seri Jengka telah mencapai pelbagai kecemerlangan dalam pelbagai aspek kurikulum dan ko-kurikulum. Pada tahun 2001, sekoiah ini telah muncul sebagai sekolah terbaik dalam Peperiksaan SPM Kategori Luar Bandar Peringkat Kebangsaan dengan pencapaian GPK 2.98. Kejayaan ini telah mengharumkan nama sekolah di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. SMK Seri Jengka sekali lagi mengorak langkah dengan pembukaan kelas Tingkatan 6 Aliran Sains mulai 2005 dan seterusnya terpilih sebagai salah sebuah Sekoiah Rancangan Khas Negeri Pahang mulai tahun 2006.· Bilangan tenaga pengajar setakat ini ialah seramai 51 orang dengan bilangan pelajar seramai 524 orang.
Pentadbiran Sekolah
| 18:21 | 0 comments

Datin Hajjah Fatimah
Pengetua


Pn.Hajjah Monaliza Binti Mohamed Yatim 
GPK Kokurikulum




Moto
Wednesday 23 October 2013 | 21:30 | 0 comments
Ilmu Asas Kesejahteraan
Visi
| 21:28 | 0 comments
"SMK Seri jengka menjadi sekolah unggul di peringkat nasional dan antarabangsa menjelang tahun 2012"
Misi
| 21:22 | 0 comments
" Menjadikan warga SERI berminda kelas pertama dalam semua aspek selaras dengan Aspirasi Negara Dan Falsafah Pendidikan Negara"

PENGETUA

Datin Hajah Fatimah bt Kassim


Kuala Lumpur



Powered by Calendar Labs


Navigation

HOME SMKSJ LINK

Footprint Here!
Thanks
Background By Google
Edit By SMKSJ