SMK Seri Jengka
Sejarah Sekolah
Thursday 24 October 2013 | 18:32 | 0 comments

SMK Seri Jengka telah dibuka pada 2 Disember 1991 di atas sebidang tanah seluas 35 ekar.· SMK Seri Jengka ialah sebuah Sekolah Rancangan Khas iaitu sekoiah berasrama penuh dibawah kawalan JPN Pahang.· Semua pelajarnya tinggal di asrama. Pengetua pertama ialah En Wan Bustama Bin Wan Abdul Hayat dibantu oleh 13 orang guru dengan bilangan pelajar seramai 163 orang. Dengan perkembangan pembangunan fizikal yang pesat dan pertambahan bilangan pelajar serta disokongan dengan pencapaian prestasi yang cemerlang SMK Seri Jengka telah dinaikkan taraf· sebagai· sekolah gred A pada 16.02.1998.


Pada tahun 2000 SMK Seri Jengka diberi kepercayaan membuka kelas Tingkatan 6 bagi menampung bilangan pelajar Tingkatan 6 di daerah Maran. Perkembangan ini menyebabkan pertambahan bilangan tenaga guru kepada 44 orang dan bilangan pelajar seramai 598 orang. Semenjak pembukaannya, SMK Seri Jengka telah mencapai pelbagai kecemerlangan dalam pelbagai aspek kurikulum dan ko-kurikulum. Pada tahun 2001, sekoiah ini telah muncul sebagai sekolah terbaik dalam Peperiksaan SPM Kategori Luar Bandar Peringkat Kebangsaan dengan pencapaian GPK 2.98. Kejayaan ini telah mengharumkan nama sekolah di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. SMK Seri Jengka sekali lagi mengorak langkah dengan pembukaan kelas Tingkatan 6 Aliran Sains mulai 2005 dan seterusnya terpilih sebagai salah sebuah Sekoiah Rancangan Khas Negeri Pahang mulai tahun 2006.· Bilangan tenaga pengajar setakat ini ialah seramai 51 orang dengan bilangan pelajar seramai 524 orang.

Older Post | Newer Post
PENGETUA

Datin Hajah Fatimah bt Kassim


Kuala Lumpur



Powered by Calendar Labs


Navigation

HOME SMKSJ LINK

Footprint Here!
Thanks
Background By Google
Edit By SMKSJ